Sunday, November 11, 2007

PERLUNYA MENGIKUTI KURSUS CALON GURU QIRAATI

Jangan seperti saya ketika sudah mengajar al Quran selama 2 tahun, baru sedar kalau bacaan saya ternyata banyak salah. Saya dikejutkan oleh Bp. Haji Dachlan Salim Zarkasyi (Penyusun Qiraati) jika sebaiknya saya tidak mengajar al Quran dulu. Kerana terlalu banyak kesalahan baca. Menurut beliau kalau masih mengajar juga, dikhawatirkan sama dengan menyebarkan dosa. Alhamdulillah dengan lapang dada, saya mengkaji balik bacaan saya. Ternyata benar, saya memang banyak tidak tahu bacaan tartil yang baik. Contohnya seperti ikhfa' yang mempunyai 15 huruf kemungkinan saya hanya mampu menguasai sebahagian huruf-huruf ikhfa' sahaja. Apatah lagi tentang isymam, imalah, tashil dan bacaan hati-hati. Memang sama sekali tidak pandai. Nah..... bagi anda seorang guru Al quran atau yang ingin menjadi guru al Quran, bergabunglah dengan kami dan mengikuti Kursus Guru Qiraati. Jangan terlambat sehingga ditegur oleh orang yang kebetulan menjadi makmum anda.

1 comments:

yahoo said...

assalamualaikum...boleh saya tahu bila akan diadakan kursus guru qiraati di kelantan???saya tidak sempat mengikutinya dua tahun lepas atas sebab tertentu.